Assalamualaikum.w.b.t
Ada 3 perkara yang Mak nak kongsikan di sini hari ni, baca dan cuba fahamkan ya.
1. Bagaimana mencari idea menulis?
2. Bagaimana menghasilkan status menarik?
3. Payahnya konsisten?
1. BAGAIMANA MENCARI IDEA MENARIK.
Bila bercakap tentang produk. Semestinya semua orang pandai. Panjang lebar boleh terangkan. Kan?
Sebenarya, untuk satu status, cukup fokus untuk satu perkara
.
Contohnya LIPSTIK. Kalau ikutkan dari situ berpuluh perkara boleh dicerita. Ramuan lipstik, cara pakai, efek bila pakai, siapa pengguna, tips berkaitan lipstik dan bibir, warna lipstik dan banyak lagi. Itu baru satu jenis produk, lipstik.
Kita boleh senaraikan semua produk jualan kita dan buat perkara yang sama macam Lipstik tu. Banyak nak cerita kan? Itu belum cerita parcel, testimoni, haa kan banyak.
Ye saya tau semua tu. Tapi saya tiada idea nak menulis. Baiklah, antara yang biasa Mak buat ,untuk mendapatkan idea, ialah kaitkan produk dengan :
1. Isu semasa
- Perayaan
- Musim sekolah
- Cuaca - panas, hujan, mendung kelabu,
- Drama, iklan atau rancangan tv yang popular, contoh Omar Hana, Trivago, Didi and Friend
, ultromen, power rangers
- Artis , contoh Fazurah, Neelofa
Contoh:
a
) Musim buka sekolah.
Minggu ni minggu kedua Hannan ke sekolah. Tiap kali waktu rehat, Ibu akan menemani Hannan. Tapi, bila Ibu ke sekolah, susah betul nak cam Hannan. Ramainya makhluk kecil serupa! Rasa macam semua budak sama. Adudu.
Ibu rasa esok, sebelum Hannan ke sekolah, nak sapu Blusher Nuraysa di pipi Hannan. Senang sikit ibu nak cam. Aci tak?
b
) Perayaan - Acah Krismas
Korang, bangun pagi, tengok dalam stokin korang ada hadiah Perfume Nuraysa. Tanjat tak?
c
) Perayaan - Chinese New Year.
Kaitkan status dengan Ang Paw, Limau, Mercun, Tarian Naga, Adab menziarah, ucapan Gong Xi Fa Chai dan lain-lain.
2. Kehidupan seharian.
Kaitkan aktiviti kehidupan kita dengan produk. Nak buktikan kita jual kita guna.
Dan kita kenal produk kita.
Contoh:
Tengok mangkuk hayun berminyak dalam sink ni, geram je nak sental dengan sabun cap Pringses. Biar dia berkilau.Tapi rugila kan, pinggan tu keras kematu. Kalau korang apply kat muka, bersih.
Bila pakai konsisten, 2 minggu pun dah gebu. Sabun tu ada kandungan Susu Kambing tau. Ku putih, kau putih, barulah putih semuanyaaa. Eh!
Nak cuba tak? Harga berbaloi bak hang!
2. STATUS MENARIK
1. Buat ayat sedap dibaca. Macam ada nada gitu.
Contoh:
Anas cuti. Anas ada teman baru. Kawan baru Anas ialah bangku biru.
Jadi, tiap kali mahu minum air, bangku membantu. Acap kali mahu membuka suis lampu, bangku biru juga yang diseru.
Jika mahu ambil makanan di almari, barang di tempat tinggi, bangku biru yang dicari.
Mak rasa tersisih.
Bila anak semakin mendewasa, sudah pandai berdikari, Mak Ayah memang akan ada rasa begini ke?
Perasaan tu lain maciam. Sedihnya status ni.
#MakDrama
#AnasDahBesar
2. Buat kelainan.
Tulis pantun ke, buat teka teki, gunakan peribahasa, buat drama.
Contoh
:
1. Drama
"Koleksi Shawl saya ni jarang..."
"Hah?! Sis, ai tak suka Shawl jarang. Kalau boleh, ai nak yang kain berKUALITI okey. Kain sejuk, flowy, terletak. Warna cantik. Shawl you jenama apa?"
"Sis, saya tak habis cakap. Shawl saya tu, JARANG orang ambil sehelai."
"Ahaks, sori, lawak je, ai ingat jarang nipis gitu."
"Tak kelakar sis. Jemput tengok di komen Shawl JARANG tu."
2. Pantun.
Biru tak pernah tipu,
Buat diri senyum selalu,
Semangat sentiasa baru,
Selesa hingga teringat selalu.
Jom tampil anggun dan selesa dengan Instant Shawl Labuh dari fabrik Chiffon.
Awning dan Inner dijahit sekali dari kain kotton lembut terbaik. Nak cuba tak?
3. Ada unsur humor.
Orang suka ketawa. Cuba belajar jadi kelakar. Boleh?
Mak ni pun bukan kelakar sangat, tapi percaya tak, bila kita hiburkan orang, dan orang ketawa, ia terapi.
Haa, gitu.
Contoh:
Dalam banyak-banyak Jamu, jamu apa semua orang boleh telan?
JamuAN!
Kelakar tak?
Eh, korang nak bagi tau, Jamu Mek Ta ada promosi!
4. Status mistilah kemas.
- Gunakan ejaan penuh
- Tidak gunakan titik yang banyak ......
- Ada perenggan
Kalau nak tulis dialog, pastikan kemas tau. dialog sekali pun best, kalau terabur pun orang tak baca. Sedih kan? Gunakan penanda baca yang betul. Elakkan
ejaan
ringkas.
"Sy jual tdg. Awk nk beli? Sy bt prmsi ni.........?!"
Plishhh takmo tau tulis gitu.
5. Status ada interaksi dua hala.
Elakkan buat status bercakap dengan diri sendiri. Pastikan ada sapaan.
Contoh:
“Kak Ina suka produk Nuraysa ni sebab senang cuci.”
Krik krik, paling kurang, orang akan komen Waw, best, terbaik.
Berbanding kalau tulis,
“Kak Ina suka produk Nuraysa ni sebab senang cuci. Eh, korang cuci mekap dengan apa ye?”
InsyaAllah, ada orang jawab dan respon.
Dan kitajugak dapat ilmu bertukar tips dengan kawan di Fb. Kan?
3. KONSISTEN.
Macam mana nak konsisten?
Ni memang payah. Tapi insyaAllah boleh punya.
Kita perlu merancang. Rancang nak tulis apa, nak cerita apa, waktu bila nak post.
Kadang kering idea kan? Tepekla gambar. Letak gambar produk, tulis hadis ke, tulis kata-kata motivasi ke, salam asar ke dan lain-lain pada gambar yang bersesuaian.
Habis dah.
Dulu Mak punya status pun krik krik. Tapi percayalah dengan kuasa KONSISTEN, ia pasti menghasilkan sesuatu. Yang Mak kongsi semua ni yang selalu Mak buat sejak setahun lepas.
Ada banyak lagi. InsyaAllah kelapangan Mak kongsi lagi, wokey?
Salam Sayang,
Mak Anas.
No comments:
Post a Comment